Anfield

This Is Anfield

Anfield Road Stand

Pada asalnya, Anfield Road Stand hanya mempunyai satu baris tempat duduk berteres yang mempunyai tempat duduk berwarna-warni. Seksyen ini telah dibina semula tahun 1998 sebagai tempat duduk dengan dengan dua bahagian, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton dengan 2,654 orang penonton di bahagian atas dan 6,391 penonton di bahagian bawah bersama-sama 29 tempat untuk mereka yang kurang upaya. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.

Bagian Utama Main Stand

Dibina dalam tahun 1895, Main Stand adalah tempat duduk utama di Anfield dan dibina untuk menampung 3,000 orang penonton. Kos pembinaan ketika itu adalah £1,000. Struktur ini dibuat menggunakan kayu. Walaupun bahagian ini dipanggil Main Stand, namun The Kop menjadi tumpuan penyokong-penyokong yang fanatik. main Stand adalah bahagian pertama dinaik taraf di Stadium Anfield. Dalam tahun 1973, Bahagian ini telah dibangunkan semula dan dibesarkan.

Bumbung baru dipasang, dan apabila siap telah dirasmikan oleh Duke of Kent. Main Stand boleh menampung sejumlah 12,277 orang penonton, terdiri dari 9,597 orang penonton di gelanggang duduk utama, 2,409 orang di bahagian Paddock, 177 di bilik Pengarah, 54 orang di bilik Akhbar dan ruang untuk 40 orang kurang upaya.

Centenary Stand

Sebenarnya tempat duduk pertama dibina di Anfield telah dibina di bahagian ini. Tempat duduk ini dibina denga harga £64 oleh kontraktor bernama George Rutherford.

Pada asalnya, bahagian tempat duduk ini dipanggil Kemlyn Road Stand. Tingkat kedua ditambah di bahagian ini, dan dalam tahun 1992 diberikan nama Centenary Satnd sempena ulangtahun ke-100 penubuhan Liverpool. Kapisiti penonton berjumlah 11,762 orang, terdiri dari 4,600 orang di bahagian atas dan 6,814 orang di bahagian bawah serta 348 orang lagi di dalam bilik-bilik eksekutif.

Kapasitas Keseluruhan

Kapasitas penonton Anfield keseluruhan saat ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA dan boleh mengelolakan perlawanan akhir Piala UEFA.

  1. Belum ada komentar.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: